Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts

Friday, 2 March 2012

Kejohanan Futsal ANYC Bawah 15 Tahun



KEJOHANAN FUTSAL ANYC
BAWAH 15 TAHUN

11 Mac 2012 | Ahad

MISA Futsal Complex

RM80.00 satu team

Terhad kepada 8 pasukan SAHAJA


Syarat-syarat penyertaan & pertandingan:
  1. Semua pasukan WAJIB pakai jersey or baju yang same warna...
  2. Semua pemain WAJIB pakai kasut futsal or yang bersesuaian... tidak dibenarkan berkaki ayam...
  3. Semua pasukan perlu bersediap sedia 10 minit sebelum perlawanan bermula... mana2 pasukan yang lewat akan dikira KALAH...
  4. Perlawanan akan dijalankan melalui format kumpulan dimana 8 pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan... juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir... pemenang di peringkat separuh akhir akan bertarung di final dan yang kalah akan bertarung utk kedudukan tempat ke 3 & 4...
  5. Undian kumpulan akan diadakan pada 8 Mac 2012, Jumaat bertempat di Surau An-Nur Fasa 1D2 selepas solat Isyak...
  6. Lain-lain peraturan adalah mengikut FIFA Futsal...
  7. Keputusan pengadil dan pihak penganjur adalah muktamad...
  8. Sebarang pertanyaan boleh tanya kepada jawatankuasa ANYC...

Tuesday, 7 February 2012

Salam Perkenalan



Assalammualaikum

Annur Young Boys FC merupakan kelab harapan pasukan futsal ANYC... pasukan ini merupakan salah satu projek di bawah naungan ANYC dan Surau Annur Fasa 1D... Tujuan penubuhan pasukan ini adalah ikhlas untuk membantu perkembangan futsal remaja tanah air agar bakat dikalangan remaja yang ada di Seri Manjung tidak terpadam hanya setakat peringkat sekolah sahaja... Misi penubuhan pasukan ni adalah untuk memberikan pembelajaran skill/kemahiran futsal serta memberikan pendedahan kepada remaja2 sekitar Fasa 1D khususnya... Oleh itu pasukan ini sedaya upaya dan berusaha untuk melaksanakan serta merealisasikan kejayaan yang akan diperolehi dalam tempoh 3 tahun mendatang agar setaraf atau setanding dengan akademi/kelab futsal remaja yang lain...

Di dalam blog Annur Young Boys FC News (aybnews) nie, kami akan share segala yg berkaitan dengan team ayb nie seperti profile players, friendly match, tournament, tactics, program2 team, gambar2, news dan lain2 lagi... selain itu juga, kami ade selitkan berita berkaitab bola sepak or futsal di sekitar malaysia mahupun luar negara... so, follow laa kami n setia dengan kami...


Pengurus Pasukan: abg Faris

Kapten Pasukan: Amir kecik


Search